Dengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi penghargaan, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada:
Dato’ Suriah Binti Abdul Rahman, Pengerusi MSD DI Dan Puan Saliah Binti Dol Salam, Pengurusan MSD
atas kesudian dan keprihatinan meluangkan masa mengadakan lawatan ke NADI Felda Ulu Tebrau.
Lawatan ini amat bermakna dan memberi suntikan semangat serta inspirasi kepada pihak kami dalam memperkukuhkan lagi peranan NADI sebagai pusat pemerkasaan komuniti setempat.
Segala perhatian, sokongan dan perkongsian yang diberikan amat kami hargai. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang.




