Webinar NADI x Cybersecurity

Jadual Aktiviti | 2 July 2026

Jemputan untuk menyertai On Demand Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 1 JULY 2026 Hingga 7 July 2026 yang bertajuk ON DEMAND BAHAYA BERI KAD PENGENALAN ANDA KEPADA ORANG LAIN. Butiran lanjut adalah seperti dibawah:

Tarikh1 JULY 2026 HINGGA 7 JULY 2026
Masa9:00 pagi – 6:00 petang
PlatformLMS
Pautan Penyertaancybersecurity.nadi.my

On Demand Bahaya Beri Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain :

Webinar ini adalah ulangan daripada sesi live pada bulan lepas.Tayangan ini akan memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko dan ancaman yang boleh berlaku apabila maklumat kad pengenalan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Peserta akan mempelajari bagaimana penjenayah siber menggunakan maklumat identiti untuk melakukan penipuan, membuka akaun palsu, membuat pinjaman tanpa kebenaran, serta menjalankan pelbagai aktiviti jenayah digital yang boleh memberi kesan kepada mangsa.