Peristiwa Lembu Lari Memang Tak Dapat Dilupakan,
Jadikan Memori Cerita Tok Nenek Zaman Hadapan,
Selamat Hari Raya Aidiladha kami Semua ucapkan
Hari Untuk Semua menuju ke arah kebaikan.
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Qurban, Hari Raya Haji . Tiga nama berbeza tapi maknanya sama sahaja. Sempena Hari raya ini jom kita menambah ilmu tentang ibadah Qurban!
PENGERTIAN QURBAN : Dari segi bahasa qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah SWT. Dari sudut syara’, Qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
JENIS-JENIS HAIWAN QURBAN :
1. Kibas, biri-biri atau domba (setahun masuk ke 2 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan walaupon belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan)
2. Kambing (2 tahun masuk ke 3 tahun)
3. Lembu, kerbau (2 tahun masuk ke 3 tahun)
4. Unta (5 tahun masuk ke 6 tahun)
2. Kambing (2 tahun masuk ke 3 tahun)
3. Lembu, kerbau (2 tahun masuk ke 3 tahun)
4. Unta (5 tahun masuk ke 6 tahun)
WAKTU MELAKUKAN IBADAH QURBAN :
1. Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)
2. Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.
3. Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.