Tarikh : 9 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Tadika Kemas, Felda Ulu Tebrau
Pada bulan ini, kami membuat aktiviti untuk kanak-kanak Tadika Kemas di luar Pusat Internet. Aktiviti yang dilakukan ialah bermain puzzle .
Seramai 46 orang kanak Tadika Kemas yang dibahagi kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan terdapat 5 orang yang akan bekerjasama menyusun puzzle
yang telah disediakan oleh pihak kami.
Tujuan aktviti ini dilakukan adalah untuk menguji minda mereka. Selain itu, memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama sendiri dalam kumpulan.
Mereka sangat teruja dan seronok melakukan aktiviti ini. Empat kumpulan yang terbaik mendapat hadiah daripada Pusat Internet. Tahniah diucapkan kepada kanak-kanak
yang berjaya. Terima kasih kepada guru-guru Tadika Kemas atas kerjasama dan bantuan anda. Jumpa lagi bulan hadapan !
{gallery}Puzzle{/gallery}