mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

SEJARAH FELDA ULU TEBRAU

Felda Ulu Tebrau telah mula dibuka pada Tahun 1965 oleh Felda di bawah Akta Penempatan Berkelompok GSA. Felda ini merupakan satu-satunya rancangan Felda yang terletak dalam Daerah Johor Bahru yang jaraknya hanya lebih kurang 20 kilometer dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sebagaimana dalam Pelan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Felda Ulu Tebrau termasuk dalam perimeter wilayah tersebut.

Rancangan ini dimajukan secara berperingkat yang mana 136.17 hekter dimajukan sebagai kawasan perkampungan dan manakala seluas 2,718.72 hektar ditanam dengan tanaman kelapa sawit.

Bahawa seramai 669 keluarga peneroka ditempatkan di rancangan ini mulai Tahun 1968. Daripada jumlah ini seramai 152 keluarga ditempatkan di Peringkat 01, 122 keluarga di Peringkat 02, 133 keluarga di Peringkat 03, 108 keluarga di Peringkat 04, 50 keluarga di Peringkat 05 dan 104 keluarga di Peringkat 06. Seramai 602 orang atau 90 % peneroka adalah berasal dari negeri ini. Kesemua 669 peneroka terlibat telah menerima Surat Hakmilik.

Rancangan ini dimajukan secara berperingkat-peringkat mulai tahun pembangunan 1964/1965 dan peringkat terakhir dimajukan pada tahun 1969/1970. Kesemua 07 Peringkat telah ditanam dengan tanaman kelapa sawit di kawasan seluas 2718.72 hektar. Manakala 136.17 hektar dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Rancangan ini telah mula mengeluarkan hasil pada bulan Oktober 1968. Semua peringkat telah ditanam semula dengan tanaman sawit bermula program 1990/1991 hingga 1992/1993. Peringkat 07 adalah kawasan tambahan (2.0 ekar atau 0.71 hektar sepeneroka) kepada peneroka Peringkat 1, 2, 3 dan 4 seramai 471 orang.

 

PETA FELDA ULU TEBRAU