mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2019 (HARI KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA KEMAS)

Tarikh : 06  Ogos 2019
Masa : 09 pagi -12 tengah hari
Lokasi : Tadika kemas Felda Ulu Tebrau
Peserta

: 20 Orang

Tujuan 

Pada 6 ogos 2019 Pusat Internet Felda Ulu Tebrau telah mengadakan aktiviti memasang puzzle bersama kanak-kanak tabika Kemas berumur 6 tahun.Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemampuan kanak-kanak ini mengenal bentuk.

Aktiviti 

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah tadika berumur 6 tahun.Aktiviti yang dijalankan pada pagi itu ialah bermain puzzle.Mereka di pecahkan kepada beberapa kumpulan.Kumpulan yang terawal siap memasang puzzle dianggap pemenang.Aktiviti ini dapat membentuk semangat kerjasama antara mereka.Selain itu,permainan ini juga dapat menguji serta meningkatkan kemahiran berfikir.