mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT QUATER 4 (2019)

 

Nama

: MOHD ADIEF ISKANDAR

Umur

: 12 TAHUN

Ahli

: 20/03/ 2015

Latar belakang

Adik Mohd Adief Iskandar adalah pelajar sekolah Kebangsaan L.K.T.P Felda Ulu Tebrau.Beliau berusia 12 tahun. Beliau menjadi ahli pusat internet Felda Ulu Tebrau pada tahun 2015. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah dan sering mendapat tempat pertama di seolah dalam bidang akedemik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mohd Adief Iskandar merupakan pelajar darjah enam,sebelum penglibatannya di pusat internet Felda Ulu Tebrau Mohd Adief kurang mahir tentang penggunaan komputer. Memandangkan beliau perlu peka dan mempunyai asas kemahiran penggunaan komputer kerana disekolah gurunya ada memberi latihan dan aktiviti yang memerlukan penggunaan komputer. Justeru itu,Mohd Adief berkunjung je Pusat Internet Felda Ulu Tebrau untuk medapatkan tunjuk ajar dan latihan asas penggunaan komputer di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Petugas telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada adik Mohd Adief Iskandar mengenai asas kemahiran komputer seperti penggunaan perisian Microsoft word, selain itu, adik Mohd Adief juga meminta tunjuk ajar dari petugas untuk membuat email dan asas menaip. Kini beliau sudah mahir menggunakan komputer dan perisian seperti Microsoft Word.