mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN QUATER 3 2019

 

USAHAWAN ONLINE

Nama : Puan Faradila Binti Johari
Umur : 32 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Farahdila binti Johari lebih dikenali sebagai Farah berasal dari Felda Ulu Tebrau,namun beliau tinggal di Desa Cemerlang.Beliau merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan yang menjalankan perniagaan berangan mewah dia atas talian.Beliau menjual barangan mewah seperti tas tangan,kasut dan juga jam berjenama.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Puan Farah adalah usahawan yang menguruskan perniagaan diatas talian atau perniagaan online.Beliau ingin memperluaskan lagi perniagaan beliau agar lebih maju dan lebih dikenali serta dapat meningkatan kan pendapatan beliau.Sebelum ini beliau adalah suri rumah yang menguruskan tiga orang anak beliau.Selian itu,Puan farah juga berniaga kecil-kecilan di pasar pagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, Puan Farah ke Pusat Internet Felda Ulu Tebrau untuk mempelajari teknik pemasaran terkini atau pengiklanan di atas talian. Medium pemasaran yang di pelajari oleh beliau adalah pengiklanan melalui media sosial seperti Facebook dan instagram. Rata-rata pelanggannya merujuk medium tersebut. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Ulu Tebrau Puan Farah mampu mempromosikan perniagaan barangan mewah miliknya.Seterusnya dapat meraih ramai pelanggan termasuk pelanggan dari luar negara seperti Singapura dan juga Brunei.Secara tidak langsung pendapatan perniagaannya juga semakin meningkat dan memberangsangkan.Puan Farah mampu meraih Rm 6000 sebulan.