USAHAWAN ONLINE
Nama | : Puan Salinda Binti Mahmod |
Umur | : 44 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Salinda Binti Mahmod lebih mesra dengan panggilan Lin berasal dari kampung Air Tawar 4,Kota Tinggi. Namun selepas berpindah ke Taman Nusa Bestari Puan Lin lebih kerap berkunjung ke pusat Internet Felda Ulu Tebrau kerana beliau mempunyai ramai kenalan disini selain pernah menjalakan usaha sama dengan Pusat Inetrnet Felda Ulu Tebrau. Beliau merupakan seorang pengusaha jahit pukal manik,handsock dan juga tudung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Lin adalah seorang peniaga yang berniaga dari rumah beliau mengambil upah jahitan secara pukal.Namun begitu,Puan Lin bercita-cita untuk meluaskan perniagaannya dan meningkatkan pendapatan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Lin sering berkunjung ke Pusat internet Felda Ulu Tebrau dan menyertai kelas keusahawanan yang telah disediakan oleh petugas. Petugas telah memberi langkah dan tips untuk Puan Lin bagi tujuan meningkatkan perniagaan beliau. Antaranya ialah,menggunakan medium applikasi wassap,facebook dan Instagram sebagai agen pemasaran perniagaan beliau. Hasil daripada latihan yang telah diikuti puan Lin di pusat inetrnet Felda Ulu Tebrau puan Lin telah berjaya meningkatkan hasil jualan beliau dan secara tidak langsung Puan Lin juga dapat menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi dari sebelum ini.Selain itu,rentetan dari permintaan pelanggan yang semakin banyak Puan Lin kini mempunyai lima orang pekerja.