USAHAWAN ONLINE
Nama | : Puan Ana Irhaj |
Umur | : 33 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Ana Irhaj lebih mesra dengan panggilan Ana berasal dari kampung Sg Tiram. Namun Puan Ana lebih kerap berkunjung ke pusat Internet Felda Ulu Tebrau kerana beliau mempunyai ramai kenalan dan sanak saudara disini. Beliau merupakan seorang pengusaha makanan seperti nasi bajet dan lauk pauk untuk di buat jualan kepada jiran dan rakan yang berhampiran dengan kediamannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Ana adalah seorang peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan di sekitar kediamannya. Beliau bercadang untuk memperluaskan usaha perniagaan beliau agar dapat meningkatkan pendapatan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Ana berkunjung ke Pusat internet Felda Ulu Tebrau dan menyertai kelas keusahawanan yang telah disediakan oleh petugas. Petugas telah memberi langkah dan tips untuk Puan Ana guna pakai bagi tujuan meningkatkan perniagaan beliau. Antaranya ialah,menggunakan medium applikasi wassap,facebook dan Instagram sebagai agen pemasaran perniagaan beliau. Hasil daripada latihan yang telah diikuti puan Ana di pusat inetrnet Felda Ulu Tebrau puan Ana telah berjaya meningkatkan hasil jualan beliau dan secara tidak langsung Puan ana juga dapat menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.