mcmc
Laporan Aktiviti

KLIK DENGAN BIJAK (OVERSHARING)

Tarikh : 19 April 2019
Masa : 4 ptg – 5 ptg
Lokasi : Pusat Internet Felda Ulu Tebrau
Peserta

: 20 Orang

Tujuan 

Aktiviti yang dilakukan pada 19 April 2019 adalah menerangkan dan menyampaikan tentang oversharing di media sosial. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menghebahkan pada peserta kesan buruk atau negetif yang akan berlaku jika kita terlebih berkongsi maklumat atau data peribadi di media sosial seperti facebook,instagram,twitter,we chatt dan sebagainya.

Aktiviti 

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Petugas memberi taklimat tentang oversharing. Kemudian peserta diberi peluang menonton sebuah video klik dengan bijak tentang oversharing supaya mereka dapat membayangkan sekiranya mereka melakukan hal tersebut apa kesan buruk yang akan mereka perolehi. Kemudian petugas melakukan sesi soal jawab bagi menguji kefahaman mereka tentang taklimat yang telah diberikan.