Pengeluaran nenas dengan jenama Melita oleh Kulim yang dijalankan di ladang nenas milik mereka,iaitu Kulim Pineapple Farm yang terletak di Ulu Tiram,kira-kira 3 kilometer dari Pusat Internet Felda Ulu Tebrau.
Disini juga terdapat sebuah cafe yang menyajikan makanan dan minuman yang berasaskan dari buah nenas. Menikmati kelazatan jus nenas yang segar dan manis disini sambil melihat panorama ladang nenas serta landskap yang menghijau pasti anda akan merasa nyaman.
Selain itu,anda juga boleh membeli kerepek,biskut,ais krim atau kuih muih yang berasakan nenas disini.