mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARY 2020

 

SESI SUAI KENAL BERSAMA PELAJAR TADIKA KEMAS.

Tarikh : 6 January 2020
Masa : 9 pagi – 12 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Felda Ulu Tebrau
Peserta

: 25 Orang

Tujuan 

Tujuan utama program sesi suai kenal bersama pelajar tadika kemas Felda Ulu Tebrau adalah untuk beramah mesra dengan adik-adik dari tadika kemas tersebut.Selain itu, kami juga ingin memperkenalkan PJK kepada adik-adik dari tadika kemas dan memberi informasi tentang fungsi PJk di Felda Ulu Tebrau.

Aktiviti 

Seramai 25 orang pelajar dari tadika kemas Felda Ulu Tebrau telah menyertai program yang kami jalankan pada 6 January 2020 yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah memperkenalkan asas perkakasan komputer kepada mereka. Kemuadian kami memberi latihan ringkas kepada mereka,kami juga mengadakan ‘pop kuiz’ untuk pelajar tersebut kerana ingin melihat sejauh mana kefahaman dan kefokusan adik-adik ini terhadap sesi pembelajaran yang telah dijalankan.