Tarikh | : 28 September 2019 |
Masa | : 8 pagi – 1.30 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Ulu Tebrau |
Peserta |
: 56 Orang |
Tujuan | |
Program lestari ict dan cakna kesihatan bersama pusat internet Felda Ulu Tebrau.Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti Felda Ulu Tebrau tentang kesihtan dan kepentingannya.Pada hari tersebut kami telah mengundang Dr Dahlia Wati binti Aripin dari klinik kesihatan hospital Sultan Ismail untuk memberi taklimat tentang penjagaan gigi yang betul.Selain itu juga program ini dapat mengeratkan ukwah dan silaturahim antara komuniti Felda Ulu Tebrau dan juga petugas Pusat Internet Felda Ulu tebrau. |
|
Aktiviti | |
terdapat 56 orang pengunjung yang telah terlibat dalam program lestari ict dan cakna kesihatan ini.Antara aktiviti yang kami adakan ialah pertandingan menaip artikel ,pertandingan mewarna poster,kuiz kempen hidup sihat melalui aplikasi Kahoot dan juga pertandingan puzzle online sihat. Selain itu, kami mengundang kementrian kesihatan Malaysia untuk mengadakan pemeriksaan gigi secara percuma kepada komuniti,kami juga mengundang kospen untuk memberi pemeriksaan kesihatan kepada komuniti. Kami juga mengadakan taklimat ringkas Advokasi iaitu perlindungan terhadap kanak-kanak. Program ini dirasmikan oleh En.Shamsul bin Bakri iatu ahli Majlis perbandaran bandaraya Johor Bahru zon Tiram. |