Nak belajar hasilkan video yang lebih cantik, kemas dan menarik hanya menggunakan telefon pintar? Program ini sesuai untuk anda yang ingin mula bina kemahiran dalam videografi, editing dan content media sosial.
Sesi 1: Asas Videografi Kreatif
24 Jun 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 1.00 petang
NADI Felda Ulu Tebrau
Dalam Sesi 1, anda akan pelajari asas penggambaran video menggunakan telefon pintar termasuk teknik rakaman, sudut kamera, komposisi visual, pencahayaan dan pergerakan kamera untuk menghasilkan video yang lebih menarik dan profesional.
Sesi 2: Edit Like A Pro (CapCut) & Jom Jadi TikTok Creator
1 Julai 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 1.00 petang
Sesi 2 merupakan sambungan kepada Sesi 1. Kuasai teknik penyuntingan video menggunakan CapCut bagi menghasilkan video yang kemas serta sesuai untuk platform media sosial seperti TikTok.
Jom tingkatkan kemahiran menghasilkan kandungan digital yang kreatif dan berkesan untuk platform media sosial anda bersama NADI ![]()
Kunjungi NADI Felda Ulu Tebrau
