mcmc
Utama

Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU)

Sempena Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) tidak lama lagi, anda boleh mula melayari pautan yang disediakan bagi mendapatkan maklumat awal berkenaan PADU.

Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Pautan portal PADU:
http://www.ekonomi.gov.my/padu