SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA ULU TEBRAU
Pusat Internet Felda Ulu Tebrau atau dahulu dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (Community Broadband Centre) Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.
PI Felda Ulu Tebrau merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat, mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan applikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PI Felda Ulu Tebrau merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang ber-indentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN : |
|
|
|
|
|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
|
|
|
|
|
JUMLAH KEAHLIAN : |
AHLI LAMA |
655 |
AHLI BARU BULAN DECEMBER 2022 |
1 |
KESELURUHAN PADA DECEMBER 2022 | 656 |
KENALI PETUGAS PI1M : |
Untuk menjadi petugas PI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
PENGURUS
Nama : Lina Binti Muslim
Mula berkhidmat : 2017
PENOLONG PENGURUS
Nama : Jannatul Ajilah Binti Khalid
Mula berkhidmat : 2022