Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Salam 1Malaysia dan Salam Ramadhan. Salawat serta salam kita curahkan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, sahabat & pengikutnya, sentiasa dalam bimbingan & redha Allah SWT, serta ditunjukkan jalan yang lurus bagi kita umat Muslim.
Sempena bulan suci yang penuh rahmatNya dan keberkatan ini, marilah kita menyambut bulan mulia ini dengan hati yang bersih agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketulusan dan seikhlasnya agar dikurniakan barakah dan merasai nikmatnya Ramadhan ini.
Kami (Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Tebrau) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada penduduk Felda Ulu tebrau yang beragama Islam. Semoga kita diberi umur yang panjang serta barakahnya, sehingga kita dapat beribadah sepenuhnya di bulan suci Ramadhan ini. Aamiin Yaa Robbal ‘ Alamin.
Marhaban Yaa Ramadhan..