mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

SAVANNA HILL HOTEL RESORT

Savanna Hill Hotel Resort terletak di Ulu tiram kira-kira 20 km dari Pusat Internet Felda Ulu Tebrau.Selain menyediakan bilik penginapan yang mewah dan selesa Savanna Hill Hotel Resort juga menyediakan pakej perkahwinan yang mewah dengan harga yang berpatutan, menyediakan bilik seminar yang selesa untuk ruang mesyuarat bagi tetamu yang ingin mengadakan sebarang program atau aktiviti seminar disini. Selain itu, Savanna Hill juga menyediakan pakej untuk aktiviti team building dan juga family day.Anda juga dapat menikmati suasana yang romantis disini kerana seni bina resort disini bertemakan inggeris seolah-olah pengunjung seperti berada di luar negara.